Kelas Asas Microsoft Word Sesi 1

5 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2022, PEDi Bogag telah menjalankan sebuah kelas asas Microsoft Word Sesi 1 bersama tiga orang ahli PEDi Bogag yang merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah. Mereka yang baru pertama kali mengikuti kelas Microsoft Word ini telah diperkenalkan kepada interface Microsoft Word. Selain itu, mereka turut diberikan latihan menaip dokumen untuk membantu mereka memahami tab menu home dan ribbon-ribbon asas di dalamnya.

Selepas itu, peserta turut diajar cara memasukkan jadual dan gambar ke dalam dokumen mereka. Seperti biasa, peserta turut diberi tunjuk ajar cara menyimpan (save) dokumen mereka yang telah siap.

Kelas ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 11 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali